aku sangat tidak boleh tido!!!

Posted by hazryy | Posted in | Posted on 12:23 PM

0

sekarng jam dah pukul 3.24 a.m..
ak masih x boleh tido...
panas..x selesa..
n x ngantok..
x tau la kenapa puas nak lelapkan mata..
masih x boleh tido..huhuhhu
mungkin kepanasan...
mungkin juga...bukanye apa..
kipas dalam bilik ada tapi...
sifat kedekut budak tu buat aku sakit ati..
aku malas nak minx...
kepanasan aku membuat aku hilang mengantuk..
aduhhhhh.......uhhuhuhu...so malas nak pikir apa2..
aku just bangun tido than buka fb n baca blog orang..tu je la yang best kot..

aku jatuh cinta

Posted by hazryy | Posted in | Posted on 3:01 AM

0

aku betulllll222222...jatuh cinta...ermmm...nak tgk dia pon segan...nak senyum pon segan....baru ak tau betapa siksanyee org jatuh cinta...x kisah la org nak ckp jiwang o x...yang penting ak suka bangatt sama dia....tapi ak x sepadan ngan dia..beter ak lupakan dia dari menyakitkan ati ak..sapa la aku...seorang laki gemuk n ugly...biarlah aku je tau yang aku btl suka,,ihihihihihi..aku x pernah rasa mcm ne...ne 1st time..betul2 cuak..ak x leh tgk dia ngan orang lain..hiihhihi...ak x suka perasaan cam ne..cuz ak tau x kemananyee pergi, ak x layak untuk dia..sebab aku hanya insan biasa...bukan seperti dia yang lebih luar biasa..insyaAllah aku dapat lupakan dia..cuba dan terus cuba..semoga aku tidak terus tersiksa...chaiyokkk g.o....

i hate junior.......

Posted by hazryy | Posted in | Posted on 8:02 AM

0

bukan x suka semua tapi sesetengah...pelik!!!!dah la junior wat la cara junior... kedekot, kipas pon kedekut...sakit ati...ingat ak nak bg sangat msk bilik ne....ishhhh...x suka gler la ak junior ne..menyusahkan...memanaskan bilik...boleh statikkan kipas tu,elok2 dak berpsing..mentang2 la kipas ko..ko kedekot ngan ak....bulllshittttt.....

DIA DELETE AK!!!!

Posted by hazryy | Posted in | Posted on 4:15 AM

0

baru ak tau tadi 1 frnz ak delete ak kat facebuk..why??????.....adakah ak
terlalu jahat???..adakah aku terlalu hina??...
o adakah aku bukan frnz sempurna yang korang nak banggakan..
2 0 3 ari ne ak terperasan ada orang ckp ak kebulur n suka ambik kesempatan..
ermmmm.....x pa la maybe korang x knl ak sangat...tapi hina ke ak sampai hal kecik pon
nak di perbesarkan...ak bukan sesapa ak MOHAMAD HAZRI BIN DARASID..kekadang aku ada gak buat salah,ak x nafikan so tolngggggggggg tegur ak kl korang rasa ak keterlaluan...
ermmm...hidup kekadang apa yang kita nak mungkin susah nak kita kecapi...apa yang kita
rasa o.k mungkin bukan o.k untuk orang lain..apa yang kita suka bukan buat orang benci...dan mungkin apa yang kita nak mungkin orang lain pon sama...kekadang hidup juga sukar untuk disembahkan, mungkin apa yang kita nak jadi orang lihat biasa...
kekadang kita juga nak orang ckp..'wowww ak bangga jadi kawan ko o adik ko o abang ko'...hidup hanya sekadar topeng,hanya lakonan semata-mata..hanya kita yang tau siapa kita... biarlah orang nak benci, orang nak hina cuz ak kat cni hanya satu tujuan sahaja...kata2 mak n ayah akan selalu bermain di fikiran g.o..'nanti kat sana belajar
betul2,biar la orang nak ckp apa, yang penting nanti g.o berjaya,leh tolong mak n ayah'...........

MISS MY MUM N MY DAD!!!

Posted by hazryy | Posted in | Posted on 12:56 AM

0

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang
berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang
ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi
saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk
dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir
sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga
miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering
kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami
terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu
keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering
saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk
yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu
sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata :
""Makanlah nak ibu tak lapar." -
PEMBOHONGAN IBU YANG
PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering
meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di
tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan
hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan
untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari
memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan
mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu
ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan
yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan
yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti
itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu
saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan
cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak
suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu
pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi
dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang
dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi
saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih
dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya.
Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk
kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok
pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan
berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk
lagi." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja
supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk
menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah
siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus
sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja
tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada
Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan
cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian
sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan
menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang
dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat
dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih
kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya
segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan
menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan
berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" -
PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas
saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang
mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu
lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan
keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan
keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik
hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk
membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah
lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan
mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang
keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu
berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak
perlukan lelaki." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula
bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh
ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah
lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari
duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar
setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi
keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh
di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu
memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras
tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu
mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan
susah-susah, ibu ada duit." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya
melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di
luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai
sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu
saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja
dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya
juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan,
saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung
hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu
sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh
hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau
hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan
keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak
ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini
dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal
di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam
saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu
mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu
berada jauh diseberang samudera terus segera pulang
untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu
terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani
pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap
wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan
saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa
menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya..
Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya
penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu
menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah
ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu
kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu
hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu
dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum
dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu,
ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir
kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda
boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari
mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata,
'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga
kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana
biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya,
tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata
itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan
nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
(DIPETIK DARI FACEBOOK,http://www.facebook.com/topic.php?uid=120163747996801&topic=53)

menyampah!!!!

Posted by hazryy | Posted in | Posted on 4:05 AM

0

kepala butoh ngan semua permohonan yang aku buat..bulshitttttt semua....kerja n belaja semuanya mcm taik result dia...nak g temuduga pon x dapat...dasar gobloq...puki ayam.................arghhhhhhhhhhhhhhhhhh.....

G.O RINDU KAT MAK AND AYAH...

Posted by hazryy | Posted in | Posted on 5:27 AM

0


sejenak...

......jom kita selusuri selengkar tragedi guna muhasabah diri bg yang masih mempunyai ummi mahupun ummi yang telah aman di alam haribaan Ilahi


Saya ingin kongsikan pula pengalaman seorang anggota bomba yang sering berhadapan dengan keadaan gawat lewat kemalangan ngeri dan bunyi geruh nafas akhir serta wajah-wajah kematian. Saya kongsikan cerita beliau;



Pada satu kemalangan dahsyat di lebuh raya yang melibatkan sebuah kereta, sepasang suami isteri dan seorang bayi. Kereta yang dinaiki mereka telah hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dengan hentaman maksima. Kereta remuk sepenuhnya. Di tempat duduk pemandu, si suami telah terkulai, badannya terlungkup pada stering dia mati dengan kecederaan teruk pada tubuh dan kepalanya.
Di sebelahnya pula si isteri sedang bergelut dengan kematian, tubuhnya tersepit di situ terkapit di antara tempat duduk dengan keluli pejal kemek seperti ragum maut yang menggigit rapat.


Alangkah sukarnya saat itu, pada pipinya tertusuk-tusuk kaca cermin hadapan yang pecah, sedang kulit dahinya terkoyak sehingga menampakkan putih tulang tengkoraknya kesan tujahan keras dan hantukan kuat semasa titik hentaman berlaku. Tulang bahu kanannya pula patah , tulang itu tercungkil keluar mengoyakkan daging dan kulit bahunya, tangannya terkulai.


Pada saat ini ketika darah merah pekat mencucur keluar dari tubuhnya dan kesakitan tidak mampu dibayangkan dengan kata-kata, dengan isyarat longlai dia meminta pada bomba untuk diberikan padanya anaknya yang terselamat, bayi itu masih dalam bedungan sedang menangis kuat . Si Ibu dengan lelehan air mata bercampur darah, dalam tangisan pilu penuh sayu mendakap anaknya seakan tidak mahu berpisah dengan jantung hatinya . Dalam seribu kepayahan, si ibu pada saat itu menyingkap bajunya dan menyusukan anaknya. Dalam saki baki nafasnya itu ia memeluk anaknya, merangkul erat dan disuapkan lautan kasih sayang dalam aliran air susunya kepada mulut comel yang rakus menyusu.


Kasih ibu seputih susu sebening firdausi. Dalam nafas sukar itu dada si ibu berombak-ombak, nafasnya tersekat-sekat…sesaat kemudian dia memejamkan matanya yang menangis, roh berangkat pergi buat selama-lamanya. Meninggalkan anaknya bersama tangisan memanjang dalam episod kasih yang tidak kesampaian….


Drama ini menitipkan secebis kisah ajaib tentang kasih seorang ibu pada anaknya. Sekali lagi alangkah tragis kisah ini, ia begitu menyayat rasa.Dalam nafas yang dalam saya berfikir tentang harga kasih seorang ibu. Luasnya Rahmat Ilahi.


Begitulahseorang ibu, Allah memberikan mereka ‘rahim’ kerana mereka kaya dengan kasih sayang . Dalam belaian mereka kita bernafas, dalam kasih mereka kita bernadidan dalam pengorbanan mereka kita ada pada hari ini.

Hukum alam mewartakan, ketika kita sedang berada di puncak putaran hidup, mereka pula meratah usia kian tua. Mereka tidak lagi bernafsu untuk makan atau hiburan lain sepertimana kita, kegembiraan begitu tercatu buat mereka pada usia begini.


Namun mereka punya memori indah dengan kita. Kita yang digomol sewaktu kecil sehingga dengannya kita tidak merasa kesunyian. Ketika demam mereka tidak tidur sepanjang malam berjaga. Ketika ketakutan mereka memeluk erat menenangkan kita sehingga boleh melelapkan mata. Ketika dalam proses membesar, kita meminta itu dan ini. Kita mungkin mendapat semua atau sebahagiannya, tetapi kita tidak pernah tahu cerita di sebalik semua itu mungkin ada kesukaran yang tak diceritakan .


( Saya pernah terjumpa seorang ibu yang menangis tersesak-esak di sebuah masjid kerana tidak punya wang yang cukup untuk membayar yuran yang diminta oleh anaknya sedang dia tidak punyai jumlah wang itu dan dia tidak memberitahukan ini kepada anaknya...) Itulah yang mereka ada, memori indah bersama kita.

Tetapi malangnya memori itu hanya di pihak mereka sedangkan kita tidak mengingatinya lagi kerana sedang sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah habis-habis.


Di titik perselisihan inilah menjadikan mereka terabai. Mereka melalui hari-hari yang kosong tanpa ingatan anak-anak, melalui malam-malam sepi tanpa sinar belaian cahaya mata dan mereka berada di penjuru dunia yang terasing membilang saki baki hari dengan butir tasbih sunyi sebelum berangkat pergi ke daerah barzakh di alam lain buat selama-lamanya. Peritnya mereka di penghujung usia sedang warna hidup kita meriah sekali dengan derai tawa ria rakan-rakan dan limpahan kesenangan yang gemerlapan. Marilah dengan jujur bertanya,


bilakah kali terakhir kita menghubungi mereka?


Bilakah kali akhir kita mendoakan mereka setulus hati?


Bilakah kali akhir kita menuturkan sayang dan rindu pada mereka ?


Bilakah kali akhir kita ambil berat tentang masalah mereka ?


Bilakah kali akhir kita berjenaka dan mereka ketawa ?


Bilakah kali akhir mereka bercerita sedang kita mendengar dengan tekun dan mereka seperti tidak mahu mengakhirinya kerana pendengar itu sangat berminat untuk mendengar ?


Bilakah kali terakhir kita bersalaman untuk pulang, mereka memeluk dan di dalam hati mereka ada getar begitu sukar melepaskan kita pergi?


Carilah jawapan dalam selaut rasa, biarkan hati yang berbicara bukan sesiapa memaksa, semoga nanti kita menghargai sesuatu yang paling bernilai...hati seorang ibu dan perasaan seorang bapa!


(Apakata... selepas membaca artikal ini kita hubungi mereka dan tuturkan sayang dan rindu, ketika waktu masih mengizinkan untuk itu...)


Di sebalik semua ini adalah mencari redha mereka, di sana ada redha Ilahi dalam jambangan ketenangan yang hakiki.

Bagaimana mungkin redha Ilahi diraih sekiranya syarat mendapat redhaNya tidak dipenuhi? Bagaimana mungkin Allah menilai sayang kepadaNya sedangkan kepada insan yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi kitapun tidak kita endahkan? Bagaimana Allah akan memberi keredhaanNya dalam hidup ini sedangkan airmata seorang ibu tidak pernah kering mengalir, luka hatinya tidak pernah sembuh disayat sembilu?


Jawapan kepada semua persoalan itu adalah sebuah pemburuan yang menentukan perkara yang terpenting di dalam hidup ini; Sebuah keredhaan Allah sebuah ketenangan hakiki!


Salam kasih sayang.

(ARTIKEL INI DIPETIK DARI DRMAZA.COM)

tersalah langkah

Posted by hazryy | Posted in | Posted on 10:41 PM

0

ari ne baru blk perlis...ermmm..minggu lps blk pahang cuz ayah aku sakit..aku x mampu wat apa2 hanya berdoa dan memandang sahaja..sedih melihat keaadaan ayah sebegitu,hanya terbaring diatas katil...x tau ak nak buat apa..doktor sahkan paru-paru ayah rosak..ak hanya terdiam..melihAT...apa yang mampu ak lakukan...melihat ayah disuntik seperti ak yang dihiris hati...pilu..x mampu ak melihat..kenapa ak bodoh sekali,kenapa ak blk ari ne?????? knp ak x stay kat hospital sehingga ayah klr...ak x mampu juga...banyak tugas yang belum ak siapkan...ahhhhhhhhhhhhh.....ak bosannnn....ari jumaat ne result kesihatan ayah klr..ak sedih sekali x da bersama ayah..ak rindu kat ayah..lagi 3 bln baru dapat blk..ak takut suatu perkara buruk berlaku..ya Allah hindarilah segala perkara yang burok..mak pula hanya mampu menjaga ayah siang dan malam..ak tau kesedihan di muka mak..mak kl g.o blh blk setiap ari,nak je g.o je jaga ayah...mak kuatkan semangat mak...ayah mungkin x da apa-apa...insyaAllah kl g.o ada rezeki g.o blk bln depan...x kira la g.o x mkn apa2 atau beli apa2..yang penting g.o dpt bersama mak n ayah..g.o sangattttttttttttttttttt menyesal blk ari ini...